“Awak Ada Bayi Yang Telah Meninggal Dunia Suatu Ketika Dulu? Sayalah Orangnya,” Ibu Ini Hampir Pengsan Bila Mengetahui Bayi Yang Dilahirkannya Meninggal Dunia 35 Tahun Dahulu Masih Hidup Dan Sebenarnya Diculik Oleh Doktor!

“Awak Ada Bayi Yang Telah Meninggal Dunia Suatu Ketika Dulu? Sayalah Orangnya,” Ibu Ini Hampir Pengsan Bila Mengetahui Bayi Yang Dilahirkannya Meninggal Dunia 35 Tahun Dahulu Masih Hidup Dan Sebenarnya Diculik Oleh Doktor!

 

Seorang wanita di Sepanyol sering tertanya-tanya setelah diberitahu oleh doktor yang menyambut kelahiran bayinya bahawa bayi yang dilahirkan tidak lagi bernyawa, dan dia juga tidak pernah melihat tubuh bayinya.

Selepas 3 dekad, secara tiba-tiba ada seorang lelaki menghubunginya yang membuatkannya memahami apa yang terjadi.

“Kamu ada bayi yang telah meninggal dunia suatu ketika dulu? Sayalah orangnya,” kata Santana. Regalado sungguh terperanjat dan kebenaran yang baru diketahuinya – anaknya masih hidup dan selamat.

Santana sebenarnya meneliti beberapa dokumen keluarganya di kediaman mereka di Las Palmas de Gran Canaria dan dia terjumpa salinan kad pengenalan seorang wanita.

Nalurinya kuat menyuruh agar dia menyimpan salinan itu. Kemudian, dia mula menyiasat kisah wanita berkenaan – wanita yang merupakan ibu kandungnya!

Selepas itu, menurut laporan akhbar La Provincia, Santana menyedari bahawa doktor itu tolong menyakinkan ibunya bahawa dia perlu melahirkan secara pembedahan sebagai alasan untuknya mengambil bayi itu. Akhbar itu tidak pula menyediakan apa-apa informasi tentang doktor berkenaan, sama ada dia dihukum atau tidak.

Setelah bertemu dengan ibu kandungnya, Santana dapat tahu bahawa dia turut mempunyai 5 orang adik beradik.

Mereka yang turut membaca kisah keluarga ini juga terkejut ekoran bagaimana seorang bayi boleh diculik oleh golongan perubatan profesional.

“Ia begitu mengejutkan. Pasti kecewa dan sakit hati kerana diperbodohkan selama beberapa tahun,” tulis seorang pengguna Facebook.

Komen lain berbunyi, “Kasihan kamu. Ini semua kerana wang, orang mampu menyakiti insan lain”. Banyak juga orang ramai yang mengucapkan tahniah kepada kedua-dua beranak itu kerana dipertemukan semula.

Ibu itu juga gembira kerana dia bukan sahaja mengetahui anaknya masih hidup, bahkan dia turut gembira kerana diundang ke rumah Santana untuk bertemu dengan cucunya.

Walaupun menetap di pulau yang berbeza, ibu dan anak itu masih lagi kekal berhubung untuk mengetahui perkembangan masing-masing.

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password