“Asyik muntah darah dan pengsan! Hampir kehilangan dia…” – Puteri Balqis jalani rawatan kesihatan

"Asyik muntah darah dan pengsan! Hampir kehilangan dia…" – Puteri Balqis jalani rawatan kesihatan

Memulakan karier menerusi lakonan, Puteri Balqis cukup dikenali sebagai pelakon air mata dan bijak bermain dengan emosi sehingga berjaya menghidupkan setiap watak yang terkesan di mata penonton.

.

Terbaru, menerusi laman Instagram miliknya, pelakon berusia 11 tahun itu telah dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan akibat sering muntah darah dan pengsan.

“Alhamdulillah sakit Aqish semakin kurang. I’m still waiting for her next treatment.

“Terima kasih buat semua fans yang tak henti-henti DM dan WhatsApp bertanya khabar Aqish.

“Buat sesiapa yang anak mereka mengalami sakit jantung / lemah jantung atau cancer, beli macam-macam supplement tapi tak membantu, boleh try parsley atau basil tea.

.

“Sebelum ni, Aqish asyik muntah darah dan pengsan. I almost lost her. Macam-macam supplement yang Aqish cuba tapi tak membantu.

“Selepas Aqish minum basil tea dan kunyah daun basil tu setiap pagi dan malam, sakit Aqish beransur pulih. Doakan yang terbaik buat Puteri. Love you guys. Thank you,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

.

.

Walau bagaimanapun, keadaan pelakon yang pernah memenangi Pelakon Wanita Terbaik Drama sempena Anugerah Skrin ke-18 itu telah beransur pulih dan ibu bapa Balqish turut meminta pengikutnya untuk berdoa yang terbaik buat anaknya.

Namun, ruangan komen di posting tersebut ditutup bagi menerima komen-komen daripada netizen atau pengikut Instagramnya.

Semoga Puteri Balqis kembali pulih dengan kadar segera serta menjaga kesihatan sebaik mungkin supaya boleh menjalani penggambaraan lakonan seperti biasa!

Sumber : Puteri Balqis

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password