Apa Yang Anda Perlu Lakukan Jika Tiba-Tiba Kena ‘Simpul Mengkarung’

Kekejangan atau ‘cramp’ boleh berlaku pada sesiapa dan bila-bila masa sahaja. Bagi mereka yang berpengalaman merasai kaki kejang ini pastinya tahu peritnya sakit yang dialami terutamanya di bahagian betis.

Ketika kekejangan ini menyerang, otot betis bagai ditarik dengan tegang sehingga kesakitan yang amat sangat sehingga boleh menimbulkan urat yang tersimpul.

Lazimnya, kekejangan ini dialami oleh ibu mengandung tetapi ia juga boleh menyerang sesiapa sahaja sekiranya anggota tubuh kita mengalami kepenatan yang teramat dan bukan sahaja pada betis, ia juga boleh terjadi pada otot yang lain seperti pada tapak kaki.

Di kalangan masyarakat Melayu, kekejangan pada betis ini dipanggil ‘simpul mengkarung’ atau ‘simpul biawak’ yang biasanya tidak membawa kepada kemudaratan sekiranya diredakan dengan cara yang betul.

Menerusi perkongsian ini, kita dapat mengetahui punca-punca serangan ‘cramp’ dan cara merawatnya.

Mari kita baca tips ini.

Fuh sakit bila kaki tiba-tiba kejang tu memang lain macam. Memang luar biasa sakit yang dialami terutama di bahagian betis, betul tak?? 


Anda pernah tahu tak apa punca-punca korang mengalami kejang kaki?? 

  • Anda mungkin melakukan aktiviti yang berlebihan dan otot mengalami keletihan. 
  • Kekurangan kalsium dan magnesium.
  • Mungkin juga disebabkan kesan-kesan sampingan ubatan. 

Bagaimana nak cegah selalu diserang kejang kaki??

  • Minum banyak air dan makan kacang bergaram (pastikan garam ada walaupun sikit dalam makanan anda).
  • Banyakkan makanan berpotassium tinggi seperti pisang
  • Banyakkan minum susu, beras basmathi atau biskut bijan.
  • Lakukan aktiviti regangan otot kaki sebelum tidur,

Apa yang anda kena lakukan kalau kaki kejang??? 

  • Cari tempat duduk dan bersandar
  • Sekiranya memakai kasut, buka kasut anda.
  • Jangan bengkok tau! Kedudukan yang melentur boleh menekan lagi pada kawasan otot. 
  • Bila jari kaki menguncup, tolak perlahan-lahan jari kaki biar menaik dengan mengguna tangan anda. 
  • Bila kejang otot dah reda, urut tapak kaki anda biar darah mengalir semua dengan baik dan lancar okay! 



Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password