Apa punca orang Islam jadi macam ini, wahai Bani Melayu?

Apa punca orang Islam jadi macam ini, wahai Bani Melayu?

Jumaat baru ini aku ada jumpa seorang pelajar dentistry dari Alexandaria Mesir, dia tengah cuti sebulan jadi dia datang ke Perancis nak jalan-jalan. Soalan pertama aku tanya dia, “macam mana Mesir lepas revolusi?” Dia jawab ringkas saja, “tak ada apa-apa”.

Sepanjang hari aku lepak dengan dia, banyak dia share pasal Mesir terutama sekali pasal bangsa bara dekat Mesir. Daripada cerita dia aku sendiri tak dapat bayangkan betapa neraka nya kehidupan masyarakat dekat sana.

Sini (dekat Perancis) jalan raya dia aman, senyap saja katanya. Kalau dekat Mesir bangsa bara dekat sana suka tekan-tekan hon. Mesti akan ada orang tekan-tekan hon bersambung-sambung. “Aku pun tak faham apa yang diorang seronok sangat tekan-tekan hon kereta ni”.

Kalau pergi dekat masjid uni Al Azhar karpet masjid itu kotor dan hitam. Kalau pergi ke tandas dekat masjid uni Azhar, memang berbau busuk. Tahi bersepah-sepah! katanya.

Dan banyak benda lagi yang dia kongsi pasal bangsa bara daripada rakyat biasa, sampailah ke syarikat-syarikat, kompeni-kompeni semuanya kaki kelepet dan suka menipu bila berurus niaga.

Bila dia cerita benda-benda macam ini aku pun tak adalah terkejut sangat sebabnya ceritanya lebih kurang sama saja dengan cerita housemate aku daripada Nigeria beritahu aku dulu. Bila dia nak balik Nigeria dulu dia ada transit dekat Mesir, jadi pengalaman dia tengok bangsa bara dekat Mesir lebih kurang sama saja.

Lagipun bangsa bara ini dekat mana-mana saja memang sama saja perangai diorang. Masa aku degree dan master dulu 5 tahun aku duduk dengan foreigner, di mana 3 orang adalah bangsa bara dan seorang dari nigeria. 4 orang lagi rakyat Malaysia (Jadi 8 orang total satu rumah). Jadi memang aku faham sangat dengan perangai mereka macam mana.

Dulu masa aku tahun akhir degree pun aku ada ajar 2 orang student fizik daripada bani bara. Sorang tahun 1 sorang lagi tahun 2. Dua-dua bara ini mintak aku buat extra kelas macam tuisyen gitu untuk diorang.

Yang tahun satu dia mintak aku ajar subjek fizik moden yang tahun 2 mintak ajar subjek mekanik kuantum dengan statistical physics. Nak ceritanya dekat sini bila aku ajar diorang ada saja benda yang dia nak argue, ada saja benda dia nak ajar kita balik.

Jadi bila aku tanya kawan dentist tadi apa benda yang bagus pasal bangsa bara dekat Mesir? Sebabnya semua dia cerita benda buruk saja. Dia jawab, ” Jus buah dia best, itu saja. Yang lain-lain tak ada”. Bila dia sebut macam itu aku teringat satu kuliah mufti wilayah Dr Zulkifli al Bakri dekat Masjid Nilai dulu. Orang Bara ni terkenal dengan 3 benda ( aku ingat dua saja). Mufti kata, “Shisha dengan nasi arab”

Itu sajalah benda yang kita kenal dengan bangsa bara yang melambangkan masyarakat muslim dekat dunia ini. Bangsa bara yang menimbulkan islamofobia, terkenal dengan sikap degil & keras kepala. Dekat mana-mana negara mereka, dan dekat mana-mana mereka pergi orang tak suka dengan mereka.

Bahkan dengar mereka cakap bahasa mereka sendiri pun dah cukup untuk membuatkan satu penumpang kapal terbang lain rasa tak selesa- kes Adam Salleh.

Sebabnya semua orang fobia dengan bangsa ini. Di Perancis ada 3 bandaraya yang besar dan kalau ikut turutan, yang paling besar adalah Paris, kemudian Lyon diikuti Marseille. Populasi penduduk di Paris adalah paling padat, dan Marseille adalah bandar kedua terpadat walaupun lebih kecil dari Lyon. Di Marseille ada banyak kaum migran dari bangsa bara dan dia sangat kotor. Kes jenayah pun banyak yang berlaku melibatkan bangsa ini dekat sana. Tengok, dia dekat negara asal dia buat kotor, datang negara orang pun buat kotor juga.

Sebab itu bila aku mengajar pelajar UNITEN dulu aku berpesan kepada pelajar-pelajar aku yang datang lambat ke kelas, buat asignmen cincai, tiru kawan, tak serius masa belajar.

Aku tanya mereka, apa yang kamu sebagai orang Islam nak tawarkan pada orang Jepun supaya mereka akan masuk agama ini? Kamu nak kata dalam Islam ada sebut pasal ketepatan masa? Mereka (orang Jepun) lagi hebat jaga masa berbanding kita yang muslim.

Kamu nak kata dalam Islam ada konsep jihad ( bersungguh-sungguh)? Mereka lagi dahsyat bersungguh-sungguh bila buat kerja.

Kamu nak kata dalam Islam ada menekankan pasal kebersihan? Mereka lagi dahsyat menjaga kebersihan. Kita tandas dekat surau pun berbau. Dekat atas karpet masjid pun penuh dengan kuku orang? Tengok sejadah dan kain pelekat dekat surau-surau awam, berterabur sekali tak di susun menunjukkan betapa cincai, selekeh dan compang campingnya muslim. Kita sampah plastik pun masih nak sumbat dekat pasu bunga, nak buang dekat longkang.

Kesungguhan, kerja kuat dan semua nilai-nilai baik yang di suruh dalam agama itu semua orang Islam abaikan tapi non-muslim yang gila-gila buat. Akhirnya negara mereka jadi maju malah lebih jauh meninggalkan negara muslim. Sebab itu jangan hairan kenapa Israel boleh kalahkan negara Arab selama 6 hari saja masa perang Arab-Israel dulu.

Persoalan yang lebih utama?

Kenapa dan apa punca orang Islam jadi macam ini? Sudah-sudahlah sebut pasal sejarah kegemilangan tamadun Islam tu. Itu cerita dulu. Kita ini yang nak kena buat sejarah kegemilangan sendiri. Kita adalah cerita pada hari ini.

Sumber : Mohd S. Faiz



Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password