Anggota Polis redah air selamatkan mangsa banjir kilat di Johor

SELEPAS banjir besar yang melanda Pulau Pinang, kini Negeri Johor pula dilanda banjir kilat. Kejadian banjir kilat di negeri itu dikatakan berpunca dari hujan lebat yang turun sejak jam 3.30 petang tadi (9 November 2017).

Pihak Polis Johor difahamkan telah menjalankan operasi menyelamat mangsa-mangsa banjir dengan menggerakkan dua pasukan anggota polis diketuai oleh Insp Razak bin Ali (Ketua Balai Polis Skudai) dan Insp. Rustam (Cawangan latihan, IPD Johor Baharu Utara).

Seramai 13 orang anggota polis, dengan lima buah kenderaan MPV telah dikerahkan ke kawasan yang dilanda banjir di kawasan Skudai Johor Bahru.

Operasi itu dilapor turut dijalankan bersama sepasukan pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor. Pasukan penyelamat terpaksa meredah air banjir dalam keadaan gelap dan khuatir dengan ancaman haiwan berbisa.

Semua mangsa banjir telah ditempatkan di pusat pemindahan banjir, Sekolah Kebangsaan Batu 10, Skudai Johor. Kemudahan dan keperluan mangsa banjir sedang diusahakan bagi membantu meringankan beban mereka.



Sumber : MiloSuam

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password