Anggota polis mengaku cabul remaja lelaki, dakwa diri tidak waras

 

SEORANG anggota polis yang dituduh melakukan serangan seksual terhadap seorang pelajar lelaki tingkatan 2 di Mahkamah Seksyen Kuching, Sarawak mengaku bersalah atas tuduhan itu.

Fazlie Zainuddin berusia 33 tahun, dalam pengakuannya mendakwa dirinya tidak waras ketika melakukan jenayah berkenaan.

Hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad mengarahkannya dihantar ke Hospital Sentosa bagi menjalankan pemeriksaan untuk mendapatkan laporan kesihatan mental tertuduh.

Justeru hukuman terhadapnya ditangguhkan bagi menunggu laporan perubatan kesihatan mentalnya diperolehi selepas pemerhatian selama sebulan dijalankan ke atasnya.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan menyentuh dada dan puting mangsa yang berusia 14 tahun, di sebuah Pondok Pengawal Ibu Pejabat polis Kontijen (IPK) Sarawak pada 4 September lalu antara jam 2 hingga 3 petang.

Tertuduh juga didakwa telah menghisap puting mangsa di hadapan bangunan Paragon, Batu Kawa pada pukul 3 dan 4 petang tarikh yang sama.

Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan bagi setiap kesalahan jika didapati bersalah.

Fazlie tidak diwakili oleh peguam. Manakala kes dikendalikan oleh pendakwaraya Haresh Prakash.

Sumber : MiloSuam

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password