“Anak mula aktif, rambut makin gugur…” – Elak ‘serabai’ di pagi raya, Jihan Muse tampil berambut pendek

"Anak mula aktif, rambut makin gugur…" – Elak 'serabai' di pagi raya, Jihan Muse tampil berambut pendek

Nampaknya ketibaan Syawal kali ini juga amat bermakna buat pelawak dan pengacara Jihan Musa dan suaminya, Ungku Hariz apabila menyambut dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka, Ungku Arsalan Haq.

.

.

Terbaru, pengacara Gegar Vaganza itu telah memuat naik sekeping gambar di laman Instagram miliknya berkongsi gaya terbaharu rambutnya sempena hari raya Aidilfitri ini.

Oleh kerana perkembangan fizikal ‘baby Ninja’ yang berusia lima bulan itu sudah semakin aktif, dia mengambil keputusan untuk tampil berambut pendek bagi memudahkan urusan gaya sehariannya.

“Disebabkan kadar rambut putus meningkat semenjak ninja pandai menangkap ni makanya raya ni rambut mak kontot sahaja.

“Kalau tak memang bawah queen atas zombie rupa mak di pagi syawal nanti.

“Terima kasih pakar gunting rambut laju sap sap sap siap @hairxcape haha. Ayuh packing baju raya ninja,” katanya menerusi ruangan kapsyen di posting tersebut.

.

Rata-rata netizen memuji wanita berusia 34 tahun itu kerana kelihatan semakin muda dan lebih cantik dengan imej potongan rambut berkenaan.

.

.

Sumber : Jihan Muse

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password