“ANAK DENGAN SAYA, TIADA APA PERLU DISEDIHKAN”

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: "ANAK DENGAN SAYA, TIADA APA PERLU DISEDIHKAN"
“Alhamdulillah kehidupan saya lebih baik dan teratur selepas bercerai… nak kata keseorangan raya ini jawapan saya tidak.

“Anak menyambut Aidilfitri dengan saya tahun ini, tiada apa perlu disedihkan. Insya-Allah kami dua beranak akan pulang ke kampung saya di Melaka dan semua persiapan pun sudah dilakukan,” kata pelakon Adam Shahz.

Bekas suami kepada pelakon Fatin Afeefa itu memberitahu dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk berasa sedih menyambut kedatangan Syawal tahun ini walaupun tanpa kehadiran isteri di sisi.

Kata Adam, sebagai umat Islam kedatangan hari raya itu perlu diraikan dengan gembira tambahan pula anaknya, Ivy Herra Sophia, 3 ada bersamanya.

Untuk makluman, Adam berkahwin dengan Fatin pada 21 Disember 2013 sebelum bercerai pada 30 Mei tahun lalu.

Dalam pada itu, Adam berkata, walaupun bergelar bapa tunggal dia tidak pernah berasa kekok untuk menguruskan anak perempuannya selain menyediakan keperluannya untuk hari raya.

Sebaliknya kata Adam, sebelum ini pun telah menjadi tugasnya untuk menyediakan semua kelengkapan dan keperluan mereka sekeluarga.

“Saya tak pernah rasa kekok bergelar bapa tunggal kerana sebelum ini pun saya memang sudah terbiasa uruskan semua benda dalam rumah tangga.

“Ada hikmahnya saya buat semua benda sebelum ini kerana sekarang saya tidak berasa kekok malah rasa seronok dapat buat semua sendiri untuk anak,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Adam berkata, dia tidak terfikir untuk mencari pengganti selepas rumah tangganya berkecai tahun lalu.

Katanya, buat masa ini dia lebih senang bersendirian dan memberi tumpuan kepada anak perempuannya selain karier seninya yang sedang meningkat.

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password