Amy Search jadi penyeri Bella dan Engku Emran

Genap sebulan pernikahan dengan Laudya Cynthia Bella, Engku Emran Zainal Abidin membuat kejutan istimewa buat isterinya itu, ketika meraikan majlis resepsi mereka di Bandung, Indonesia semalam.

Bertempat di Hotel Intercontinental and Resort Indonesia, Engku Emran mengundang penyanyi Amy Search sebagai tetamu pada hari bersejarah buatnya dan isteri.

Kehadiran Amy bukan saja-saja tetapi dia dijemput Engku Emran untuk mendendangkan lagu Isabella buat isterinya itu.

Menurut ibu Laudya, Neni S, lagu Isabella sebenarnya mempunyai kaitan dengan nama anaknya itu.

“Nama Bella diinspirasi daripada lagu Isabella,” katanya.

Majlis tertutup di Diamond Wedding Hall itu hanya dihadiri 300 tetamu.

Antaranya barisan selebriti dari tanah air seperti Nora Danish dan suami Nedim Nadzri, manakala dari Indonesia penyanyi Melly Goeslaw dan pelakon Zaskia Sungkar, isteri kepada Irwansyah.

Laudya atau lebih mesra disapa Bella itu mengenakan busana ala jubah bertatahkan batu Swarovski manakala Engku Emran berpakaian warna coklat.



Sumber : MalaysiaKini – Seni & Hiburan

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password