“AMBIL LANGKAH TUTUP KOMEN”

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: "AMBIL LANGKAH TUTUP KOMEN"
“Salah saya. Kalau dulu saya suka cari nama sendiri di Twitter dan baca komen orang tentang saya. Dalam masa sama, saya ambil serius.

“Saya ambil langkah menutup ruang komen untuk tidak menggalakkan netizen menambah dosa sekali gus menyalurkan aura negatif.

“Bagaimanapun saya tidak akan memadam laman sosial dan akan terus berkongsi maklumat dan perkembangan terkini saya,” kata penyanyi Haqiem Rusli.

Selepas seminggu sidang media mengenai isu despresi diadakan, Haqiem memberitahu dirinya lebih tenang dan mula mempraktikkan gaya hidup sihat.

Gara-gara suka melayari laman sosial, Haqiem gemar membuat carian namanya sendiri di aplikasi Twitter dan membaca komen-komen negatif pengguna tersebut.

Penyanyi lagu ‘Jatuh Bangun’ itu mendedahkan bahawa dia kini lebih tenang berdepan dengan kritikan netizen selepas buang tabiat lama.

“Saya kini lebih tenang dan dalam usaha untuk menjadi individu yang lebih baik tanpa berfikir situasi yang sudah lepas.

“Buat masa ini saya kurangkan aktiviti pentas dan banyak menghadiri program bual bicara mengenai isu despresi,” tuturnya.

Dalam masa sama, Haqiem turut meluahkan rasa syukur kerana peminat dan rakan-rakan sentiasa memberikan bantuan dan sokongan emosi kepadanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password