Amaran cuaca buruk di Kelantan, Terengganu

Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di Kelantan dan Terengganu sehingga Rabu ini.

Jabatan itu dalam satu kenyataan turut mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Jajahan Lojing di Kelantan; Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin, Temerloh dan Maran di Pahang serta daerah Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Keadaan sama dijangka turut melanda Perlis dan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap, Sik dan Baling di Kedah serta daerah Hulu Perak di Perak.

-Bernama



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password