“Allahuakbar! Alhamdulillah. 5 Bulan Menahan Sakit, Allah Sentiasa Ada Untuk Membantu Saya.” Lima Bulan Tanggung Rindu, Nedim Dapat Anak Semula..

“Allahuakbar! Alhamdulillah. 5 Bulan Menahan Sakit, Allah Sentiasa Ada Untuk Membantu Saya.” Lima Bulan Tanggung Rindu, Nedim Dapat Anak Semula..

 

 

SEPERTI yang kita sedia maklum suami kepada pelakon cantik manis, Nora Danish iaitu Nedim Nazri adalah duda beranak anak satu hasil daripada perkahwinan terdahulu.

Sebelum ini menerusi salah satu entri di laman sosial milik Nedim, beliau memuat naik sekeping foto beserta kapsyen meluahkan rasa kecewa apabila tidak dapat bertemu dengan anaknya lagi, Mohamed Nedrin.

Malah, Nedim atau lebih dikenali sebagai Bossned turut meluahkan rasa rindu terhadap Nedrin menerusi sebuah rakaman ucapan ulang tahun kelahiran buat anaknya yang ke-6 pada 1 Disember lepas.
Bagaimanapun kerinduan itu terubat apabila semalam Nedim meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana akhirnya beliau bersatu kembali dengan anaknya.

Perkhabaran gembira itu dikongsi oleh Nedim menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

“Bila saya apabila mendapat call daripada bodyguard memberitahu anak saya, Dre sudah berada di dalam kereta dan dalam perjalanan ke rumah. Reaksi saya ‘allahu akbar, alhamdulillah’.

“Saya tak pernah hilang kepercayaan dan sentiasa berharap kepada Allah. Selama 5 bulan menahan sakit, Allah sentiasa ada untuk membantu saya. #syukuralhamdulilah,” tulis Nedim.

Pada masa sama, Nora turut sama gembira dengan berita baik yang dikhabarkan itu selain mengalu-alukan kedatangan Nedrin.

“Welcome home sayang 💜. Geram your chubby cheeks Dre,” ujar Nora menerusi entri berkenaan.

Perkongsian tersebut dilihat menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang mana rata-rata mendoakan terbaik buat keluarga bahagia ini.

.

Terdahulu, Nedim pernah berkahwin dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Nabila Khan pada tahun 2011 dan berpisah pada 2013.

Beliau kemudiannya berkahwin pula dengan Nora pada 30 Mac lalu selepas tiga tahun menjalinkan hubungan cinta.

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password