“Allahu, comelnya…” – Lan Solo kongsi gambar ‘photoshoot’ anaknya di Instagram

"Allahu, comelnya…" – Lan Solo kongsi gambar 'photoshoot' anaknya di Instagram

 

Walaupun menerima cahaya mata ke-4 yang sumbing, penyanyi Lan Solo serta isterinya, Sheila positif dengan kurniaan Allah SWT dan menerima perkara itu dengan hati terbuka dan sangat tenang.

Lan dan Sheila mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009. Pasangan ini sudah dikurniakan tiga anak iaitu Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6, dan Muhammad Akid Qassyaff, 4.

Walau bagaimanapun, sudah menjadi perkara wajib apabila bayi yang baru dilahirkan menjalani ‘photoshoot’ bagi mendapatkan gambar terbaik untuk disimpan sebagai kenangan pada masa hadapan.

Tidak terkecuali anak Lan yang diberi nama Nur Amna Quxandra itu, ibu bapanya tidak ketinggalan untuk merakam gambar puteri comel mereka dan dimuat naik ke laman media sosial.

.

.

.

Comel dan geram bila tengok Nur Amna Quxandra ni. Semoga bayi ini diberi kesihatan yang baik serta membesar dengan kuat disamping ibu bapanya yang tersayang.

Sumber : Lan Solo, Malaysia Newborn Photographer

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password