“ALLAH AMBIL SEMULA SEORANG KEMBAR”

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: "ALLAH AMBIL SEMULA SEORANG KEMBAR"

 

“Ini bukanlah kali pertama saya hamil. Ini adalah kali keempat saya hamil. Saya dah ada tiga anak di syurga. Dan kehamilan saya kali ini adalah kembar, tetapi hampir usia kandungan dua bulan, dengan kuasa ALLAH, saya pendarahan.

“Salah satu anak kembar saya tak dapat diselamatkan. ALLAH ambil semula seorang anak kembar saya yang ALLAH pinjamkan seketika di dalam rahim saya. Saya alami pendarahan berbulan-bulan lamanya.

“Hinggalah bulan keempat, pendarahan baru berhenti. Ulang-alik jumpa doktor untuk pastikan kandungan saya yang satu ini selamat dan sihat. Jadi bukanlah tiga tapi empat anak saya di sana,” cerita isteri Adam Corrie Lee, iaitu Fazema Mohd Fuad.

Coretan istimewa isterinya itu dikongsikan Adam Corrie menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Melalui coretan itu, Fazema yang membahasakan diri sebagai Fazi bersikap terbuka berkongsi pengalaman mengenai kehamilannya. Terus meletakkan harapan, Fazi berdoa agar kandungannya sihat dan selamat.

“Mudah-mudahan, kali ini ALLAH berikan saya peluang selamat melahirkan anak dan membesarkannya menjadi anak yang soleh atau solehah dan menjadi menyambung dakwah Rasulullah SAW, ” luahnya.

Pada masa sama, isteri Adam Corrie percaya setiap ujian yang hadir mempunyai hikmah tersendiri.

“Setiap ujian yang ALLAH berikan pasti ada hikmahnya. Saya ibu hamil yang berusia 40 tahun, tahun ini. Suami saya 50 tahun. Tahun ke-10 usia perkahwinan kami dan kandungan saya sekarang sudah lima bulan. Alhamdulillah

“Jadikan setiap ujian itu sebagai hadiah dan kasih sayang dari ALLAH kepada kita. Ujian yang diberikan untuk kita kumpul pahala.Yang penting suami isteri kena sentiasa berkasih sayang.

“Tiada zuriat bukan makna hidup itu kosong dan tiada erti. Jadikan rumah tangga jambatan kita ke syurga bersama. Kita baca sirah Nabi Zakaria. Insya-ALLAH, kita akan faham tentang apa itu rezeki, ujian dan kasih sayang dari ALLAH,” tulisnya.

Mengakui tidak mempunyai tips tertentu, Fazi bagaimanapun menyarankan agar ibu-ibu hamil sentiasa mengikuti nasihat doktor.

“Ramai PM (private message) Facebook dan DM (direct mesaage) IG saya tanya tips macam mana nak hamil. Tak ada tips pun.

“Tapi yang pasti. Kalau dari kesihatan, terus jumpa doktor pakar. Suami dan isteri kena pergi buat pemeriksaan. Ikut sahaja saranan doktor.

“Jangan lengah-lengah, supaya kita tahu apa masalah kesihatan yang kita lalui. Doa usaha dan tawakal. Insya-ALLAH,” tuturnya.

Dalam pada itu, Fazi turut menitipkan doa yang diamalkan mereka sejak awal perkahwinan lagi. Katanya, doa itu disyorkan oleh pendakwah terkenal dari Indonesia, Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid.

“Doa yang kami amalkan sejak awal perkahwinan dan Habib Ali Zaenal Abidin yang syorkan kami baca.

“Surah al-imran ayat 38: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”,” kongsinya.

.

.

.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password