“Alang2 nampak rambut depan tu, free hair jelah!” – Netizen bengang gaya hijab Syatilla Melvin

"Alang2 nampak rambut depan tu, free hair jelah!" – Netizen bengang gaya hijab Syatilla Melvin

Sebut sahaja nama Mat Yip, pasti terbayang keletah anak kepada pasangan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin yang sentiasa mencuit hati penonton menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram ibu bapanya.

.

Namun dalam keseronokan melihat kemesraan keluarga itu, terdapat pula individu yang cuba mempersoalkan penampilan hijab Syatilla yang dikatakan seperti ‘endah tak endah’.

Pelakon drama bersiri Cinta Samar itu telah memuat naik sekeping gambar di laman Instagram miliknya berkongsi kenangan sebelum melahirkan Mat Yip atau nama sebenarnya Syeriv Samheizy.

Namun gara-gara tidak menyukai gaya penampilan berhijab Syatilla, seorang individu tampil memberikan komen yang berbunyi bengang dan kasar terhadap pelakon berusia 27 tahun itu.

.

.

Walau bagaimanapun, komen individu tersebut telah mengundang respon daripada peminat Syatilla lalu menimbulkan perbalahan menerusi ruangan komen gambar tersebut.

.

.

.

Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirul Melvin telah mengambil keputusan untuk bertudung sejak tiga tahun lalu sebelum berkahwin dengan suaminya pada Februari 2016.

Sumber : Syatilla Melvin

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password