AL-FATIHAH

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: AL-FATIHAH

Takziah kami ucapkan kepada pelakon Zul Ariffin yang kehilangan ibunya, Robiah Nasir yang meninggal dunia akibat serangan jantung.

Difahamkan, Allahyarhamah meninggal dunia antara jam 3.40 – 4.00 pagi tadi di kediaman kakak Zul terletak di Sungai Penchala, Damansara.

Menurut Zul, ibunya tidak menunjukkan sebarang petanda sebelum serangan jantung berlaku. Zul bagaimanapun sudah redha dengan pemergian ibunya itu.

“Ibu saya memang sakit jantung namun saya tidak sangka dia pergi seawal ini kerana dia tidak menunjukkan apa-apa tanda langsung. Apapun, saya redha dengan pemergian ini. Semoga urusannya disana dipermudahkan. Amin.

Jenazah ibu Zul akan disembahyangkan di Masjid Al-Ghufran, Taman Tun Dr. Ismail dan akan dikebumikan selepas solat Zuhur.

Umum mengetahui pelakon utama drama ‘Titian Cinta’ itu memang sangat rapat dengan ibunya. Untuk pengetahuan anda, Zul sudah memadam akaun Instagram setelah beberapa isu melandanya beberapa minggu lepas.

Semoga Zul dan keluarga tabah dengan kehilangan seorang ibu yang banyak berjasa serta berkorban demi anak-anak tercinta.

Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah dan berdoa agar rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password