“Aku dah mula muak…” – Aiman Tino akui semakin rimas dengan perangai netizen

"Aku dah mula muak…" – Aiman Tino akui semakin rimas dengan perangai netizen

Penanyi popular, Aiman Tino ataupun nama sebenarnya, Mohammad Aiman Yusri, 19 mengakui mula berasa rimas dan bosan dengan kritikan daripada haters yang sentiasa mempertikaikan segala gerak-langkah beliau.

Semenjak populariti beliau semakin meningkat, Aiman Tino terpaksa menghadap komen-komen pedas daripada haters beliau tanpa henti-henti termasuklah pada hari cuti umum. Beliau menganggap kehidupan haters beliau yang bosan dan tidak tenang itu telah membuatkan mereka gemar untuk mencari kesalahan orang lain.

“Bagi saya dah rasa muak dan bosan dengan netizen. Mereka nak cakap apa, cakap lah. Saya dah tak kisah.”

 

“Ada saja nak cari kesalahan orang. Agaknya kehidupan mereka tidak pernah tenang kot.”

Baru-baru ini, Aiman Tino teruk menjadi bahan jenaka netizen apabila gambar screenshot mengenai dokumentari yang mengisahkan kehidupannya yang bersiaran di Majalah 3 pada Isnin telah dimuatnaik oleh sebuah akaun troll di Instagram.

Kebanyakkan netizen berpendapat bahawa Aimon Tinio masih baru di dalam industri dan belum layak lagi untuk untuk dijadikan dokumentari di program yang berkonsepkan sejarah.



Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password