“Aksi dah macam Tom Cruise, Jackie Chan..” – Filem KL Special Force kutip hampir RM1 juta hari pertama

"Aksi dah macam Tom Cruise, Jackie Chan.." – Filem KL Special Force kutip hampir RM1 juta hari pertama

 

Walaupun baru ditayangkan di pawagan, filem ketujuh arahan Syafiq Yusof, KL Special Force berjaya mengutip kira-kira RM900,000 menerusi tayangan lewat malam (Rabu) dan hari pertama, Khamis lalu.

Melalui pemerhatian Twitter, terdapat banyak respons yang cukup positif daripada penonton yang rata-rata berpendapat filem itu bukanlah sebuah filem yang klise dari segi jalan penceritaannya.

.

.

.

.

Namun ada juga yang membandingkan watak lakonan pelakon hebat Rosyam Nor dan Fattah Amin dengan aktor antarabangsa iaitu Tom Cruise dan Jackie Chan melalui aksi-aksi yang mendebarkan.

Filem KL Special Force menyaksikan gandingan hero Malaya, Datuk Rosyam Nor bersama bintang popular, Fattah Amin, yang turut dibantu pelakon lain seperti Tania Hudson, Esma Danial, Sabrina Ali, Ramona Zamzam, Puteri Balqis, Josiah Hogan dan ramai lagi.

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password