Aksi berbalas tumbukan, anggota Majlis Perbandaran Klang bergaduh dengan peniaga

Aksi berbalas tumbukan, anggota Majlis Perbandaran Klang bergaduh dengan peniaga

Kecoh di media sosial apabila sebuah video menjadi tular sejak semalam iaitu pergaduhan antara anggota Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan peniaga di Jalan Taiping.

Difahamkan, punca kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila penguatkuasa MPK terlibat dikatakan telah menegur peniaga terbabit yang beroperasi tanpa lesen di kawasan berkenaan. Namun, lain pula ceritanya apabila tercetusnya pergaduhan sehingga aksi berbalas tumbukan antara satu sama lain.

Agak2 sapa mula.?Masjid pasar jawa KLANG. Org niaga bro….jgn kurang ajar sgt…bulan berniaga nie…Jelas gila MPK tumbuk peniaga…keluarkan saman dhla….sakit pulak hati tgkk..bukan dia pacak khemah kat situ setahun…Jgn hina peniaga…Aku anak peniaga…aku faham perasaan dorang….aku pun pernah berniaga bazaar ramdhan…Abikla tindakan sewajarnya…Sila share video tersebut sehingga tertangkapnya anggota tersebut

Posted by Kasya Mohd Sharul Anuar on Saturday, June 9, 2018

Video berdurasi selama 46 saat itu menyaksikan suasana tegang antara anggota MPK bersama peniaga berkenaan sehingga berlakunya pergaduhan serta aksi berbalas tumbukan antara satu sama lain dan kerosakan barang-barang peniaga terjejas.

Difahmkan, peniaga terbabit dipercayai menumpang lesen pihak lain dan keadaan itu menyebabkan penguatkuasa MPK berkeras untuk mengambil tindakan sehingga mencetuskan perang mulut serta aksi berbalas tumbukan terbabit.

.

.

.

Rata-rata netizen telah meninggalkan komen dalam ruangan video tersebut. Ada diantara mereka yang berasa simpati kepada nasib peniaga tersebut dan ada juga yang menyebelahi sikap MPK terbabit.

.

Walau bagimanapun, Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) menggesa Datuk Mohamad Yasid Bidin dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menyiasat secara terperinci insiden tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya.

Sumber : Sinar Harian

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password