Akibat khusyuk main telefon bimbit, Tengku Puan Pahang kini berkerusi roda

Akibat khusyuk main telefon bimbit, Tengku Puan Pahang kini berkerusi roda

Sudah menjadi kebiasaan bagi setiap individu untuk ‘melekat’ dengan telefon bimbit terutamanya ketika mempunyai waktu terluang dengan melayari laman media sosial.

Namun gara-gara menggunakan telefon pintar, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kini terpaksa berkerusi roda setelah berlaku kejadian tidak diingini.

.

Menerusi laman Twitter miliknya, Tengku Puan Pahang itu telah menyatakan bahawa insiden tersebut berlaku ketika baginda sedang khusyuk membaca Twitter sehingga tidak perasan mengenai kedudukan anak tangga.

Walau bagaimanapun, Tunku Azizah dengan nada bergurau mengakui kejadian berkenaan boleh disifatkan sebagai ‘kecederaan media sosial’ apabila mengalami ‘hairline fracture’ atau terseliuh.

.

Isteri kepada Tengku Mahkota Pahang Tuanku Abdullah Sultan Ahmad Shah itu turut memberitahu bahawa dirinya perlu berehat selama enam minggu untuk pulihkan kembali keadaan kakinya.

.

Sumber : Tunku Azizah Iskandar

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password