Akibat gaya ‘pengebom berani mati’, lelaki didenda RM400

Sama ada dengan niat berjenaka atau menakutkan orang ramai, lelaki warga Yaman yang berpakaian seperti ‘pengebom berani mati’ 28 Oktober lalu akhirnya menanggung sendiri akibat daripada perbuatannya itu.

Menurut Bernama, Amjad Jalal Ahmed Al-Dahan, 34, hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas kesalahan di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana menimbulkan mudarat awam.

Majistret Nurulhuda Zakariya menjatuhkan hukuman denda RM400 atau penjara 4 tahun. Amjad Jalal membayar denda itu.

Amjad yang bekerja perunding teknologi maklumat membuat kesalahan pada malam 28 Oktober lalu di kondominium Armanee Terrace, Petaling Jaya, dalam perjalanan ke sebuah parti Halloween.

Penduduk kondominium itu membuat laporan polis selepas melihatnya berpakaian sedemikian ketika menaiki lif di bangunan kondominium.

Gambarnya juga tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi pengguna.

Ketika perbicaraan, peguamnya Sri N Saraswathy Devi memohon hukuman diringankan memandangkan dia telah pun direman selama seminggu dan memohon maaf atas perbuatan itu.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Norazalina Razali meminta hukuman tinggi dikenakan agar dapat memberi pengajaran kepadanya dan orang ramai.



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password