Air hujan bertukar jadi air batu di Batu Pahat Johor

 

FENOMENA cuaca sejuk melanda negara sejak beberapa hari lalu, memberikan pengalaman baru kepada penduduk Rengit, Batu Pahat Johor yang turut menyaksikan air hujan bertukar menjadi air batu.Menurut seorang jurujual kereta terpakai, Mohd Sharizan Ambok Ngah, 32, beliau pada asalnya menyangka terdapat longgokan sampah berwarna putih seperti kapas di tiang hadapan rumahnya di Taman Damai Rengit.

“Saya mula-mula fikir, ada sampah di tepi tiang rumah, nampak putih macam kapas yang lembut. Tapi bila dipegang rupa-rupanya air batu,” katanya.

TAG

Beliau yang mengakui terkejut mendakwa kejadian itu berlaku sejak dua hari lalu, di mana titisan air hujan yang jatuh di atas permukaan lantai yang sejuk dipercayai mungkin menyebabkan ia bertukar kepada air batu.

“Sampai sekarang ais tu masih ada lagi, tapi dah mula mencair. Mungkin sebab dua hari lalu suhu sejuk sehingga 21°C hari ini suhu dah naik kepada 24°C,” katanya.

TAG

Media tempatan sebelum ini melaporkan cuaca sejuk luar biasa melanda kebanyakan daerah di sekitar selatan Semenanjung Malaysia, menyaksikan suhu serendah 21°C di Kuala Pilah Negeri Sembilan.

Kejadian itu dilaporkan berpunca dari hujan lebat yang turun sejak beberapa hari sekaligus menyebabkan suhu persekitaran kawasan turun secara mendadak. — EdisiRakyat.com, 14 Januari 2018

Sumber : – EdisiRakyat

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password