AG buat laporan polis terhadap blogger RPK

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membuat laporan polis terhadap blogger Raja Petra Kamarudin kerana dakwaan fitnah jenayah.

Apandi, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan melalui mesej teks bahawa laporan itu telah dibuat tiga hari lalu

“Ia untuk fitnah jenayah,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Raja Petra, atau lebih dikenali sebagai RPK, telah menulis dua artikel bertajuk “Strong Rumours Surrounding the AG Part 1 and Part 2”.

Apandi dilaporkan dua hari lalu menimbang memfailkan saman terhadap RPK.

[Baca berita penuh]

 



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password