ADUN Tg Bungah ‘mogok lapar’ kerana banjir, tanah runtuh

Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Tanjung Bungah Teh Yee Cheu sedang mogok lapar bagi menyatakan keseriusan bencana alam sekitar yang telah melanda Pulau Pinang dan meragut beberapa nyawa itu.

Ditemui di Dewan Undangan Negeri hari ini, Teh berkata beliau sedang bermogok lapar dari jam 7 pagi tadi sehingga 7 malam ini.

“Saya melakukan ini untuk 11 orang mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh Tanjung Bungah pada 21 Oktober dan tujuh orang yang kehilangan nyawa semasa banjir besar pada 4 dan 5 November lalu,” beliau memberitahu Malaysiakini hari ini.

Beliau terus menekankan projek-projek pembangunan di lereng-lereng bukit perlu dihentikan, paling kurang dibekukan sehinggalah penyelesaian selamat ditemukan.

Teh, Adun selama dua penggal dilihat kontroversi kerana seringkali tidak sehaluan dengan kepimpinan DAP mengenai isu alam sekitar dan pembangunan di lereng bukit.

Kali ini, beliau berharap tindakan terbarunya dapat menarik perhatian terhadap dua bencana alam itu.

Beliau pernah menyuarakan hasrat keluar DAP berikutan kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah pada 21 Oktober lalu.

[Baca berita penuh]



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password