“Adib Khalid, you owe me…” – Ummi Nazeera

"Adib Khalid, you owe me…" – Ummi Nazeera

Semalam telah berlangsungnya majlis resepsi Izara Aishah bersama dengan pasangannya, Adib Khalid yang diadakan di dalam sebuah majlis yang penuh mewah dan meriah.

Ramai yang tertanya-tanya, bagaimanakah Adib Khalid mula-mula berkenalan dengan isterinya, Izara Aishah?

Di dalam laman Instagramnya, Ummi telah berkongsi pengalaman bagaimana beliau menjadi orang tengah memperkenalkan Adib Khalid dengan Izara Aishah suatu ketika dahulu.

Menurut Ummi, beliau dengan dengan Adib Khalid memang sudah berkawan lama sejak kecil lagi di mana mereka berdua merupakan rakan sekelas ketika tingkatan satu dan kemudiannya belajar di universiti yang sama.

Suatu hari, Adib telah menelefon Ummi dan bertanya sama ada dia mahu menghadiri ke konsert ibu tirinya, Siti Nurhaliza dan Adib kemudiannya telah meminta bantuan Ummi untuk memperkenalkan dirinya kepada Izara.

Di atas dasar persahabatan, Ummi kemudiannya telah bersetuju dan selepas menghadiri konsert berkenaan, media pernah menggosipkan Ummi dan Adib walaupun ketika itu Ummi hanya bertindak sebagai matchmaker Adib-Izara sahaja. Malahan menurut Ummi, dia duduk di antara Adib dan Izara malam itu dan Adib pun masih malu-malu bercakap dengan Izara.

dan kemudiannya kedua-dua ini telah bercinta sehinggalah mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri baru-baru ini.



Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password