Adakah pemansuhan tol bagi selamatkan syarikat?

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mempersoalkan sama ada keputusan kerajaan memansuhkan kutipan tol di sepanjang Lebuhraya Penyuraian Timur Johor Bharu (EDL) Dispersal Link (EDL) adalah untuk menyelamatkan syarikat berkenaan.

Pemimpin DAP itu menegaskan bahawa Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), telah berusaha keras untuk menjual EDL yang mengalami kerugian.

Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Fadilah Yusof pada bulan Jun lalu mendedahkan bahawa EDL menghadapi risiko muflis susulan jumlah kenderaan yang menggunakan lebuh raya itu tidak mencecah unjuran.

“Satu-satunya cara untuk tol EDL dihapuskan adalah dengan kerajaan persekutuan membayar pampasan berbilion ringgit kepada MRCB.

“Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti berterus terang berapa banyak pembayar cukai terpaksa membayar EDL dan bagaimana pampasan dikira.

“Kebimbangan terbesar rakyat ialah pentadbiran Najib menyelamatkan konsesi lebuh raya, yang membuktikan bahawa dasar ekonomi intrinsik BN adalah untuk ‘menswastakan keuntungan dan mensosialisasikan kerugian’,” kata Pua.

Najib, dalam ucapan Bajet 2018 pada Jumaat lalu juga mengumumkan pemansuhan tol di Batu Batu, Sungai Rasau dan Bukit Kayu Hitam.

Semua tiga tol ini berada di bawah Projek Lebuhraya Utara Selatan Bhd.

[Baca berita penuh]



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password