“Ada yang belum pernah jumpa Aqeef..” – Amar & Amyra bawa anak ‘ronda’ jumpa saudara mara

"Ada yang belum pernah jumpa Aqeef.." – Amar & Amyra bawa anak 'ronda' jumpa saudara mara

Kedatangan lebaran pada tahun ini mungkin paling bermakna buat pasangan selebriti, Amar Baharin dan Amyra Rosli apabila menyambutnya bersama anak sulung mereka, Aqeef Anaqi.

.

Sekiranya tahun lalu mereka menyambut Syawal sebagai suami isteri, namun kali ini sudah tentu berbeza apabila putera berusia lapan bulan itu akan turut bersama untuk berjumpa sanak saudara, lapor Sinar Harian.

.

Menurut pasangan pelakon drama Jadikan Aku Yang Kedua itu, mereka akan membawa anaknya bertemu keluarga di sekitar Kuala Lumpur, Semenyih dan Pulau Pinang kerana masih ada yang belum bertemu Aqeef akibat kekangan waktu.

Namun tidak dinafikan, tahun pertama menyambut perayaan sebagai ibu bapa, persiapan dan perhatian sudah pasti akan diberikan lebih untuk anaknya.

.

Apa yang menarik perhatian, mereka juga turut dilantik menjadi duta Primavalet dan secara tidak langsung ditaja 30 pasang baju sedondon daripada jenama tersebut. Wow meriah habis!

Sumber : Sinar Harian

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password