Ada apa dengan kes Rizieq dan Firza?

GLOBAL | Empat bulan berlalu tapi nasib kes borak intim didakwa Rizieq Shihab dengan seorang ibu tunggal masih belum dilengkapkan siasatannya.

Kertas siasatan yang dikembalikan peguam negara kepada polis pada Jun lalu masih kekal begitu.

Tidak jelas apa yang tertangguh namun Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Metro Jaya, Prabowo Argo Yuwono, juga enggan memberikan butiran lanjut.

“Kertas siasatan belum diserahkan kepada peguam negara. Ia masih dirundingkan dengan pihak pendakwaan,” katanya kepada media di Jakarta hari ini dan dipetik suara.com.

Rizieq – pemimpin tertinggi Front Pembela Islam (FPI) – disyaki terlibat dengan perbualan lucah bersama Firza Husein melalui aplikasi WhatsApp selepas beberapa maklumat mengenainya menjadi tular awal tahun ini.

Kedua-dua pihak awalnya menafikan terlibat dalam tuduhan itu.

Bagaimanapun polis tetap menjalankan siasatan dan merampas sejumlah barang bukti. Firza kemudian ditetapkan sebagai suspek dan mungkin didakwa mengikut akta pornografi Indonesia.

Bagaimanapun polis belum dapat mengambil keterangan daripada Rizieq. Ketika isu itu hangat Rizieq – yang terkenal dengan ucapan berapi dan mempunyai ramai pengagum itu – berangkat ke luar negara.

Sehingga kini bapa kepada tujuh anak itu masih belum pulang dan berada di Timur Tengah.

Kata Argo polis juga tidak dapat mengesahkan bahawa antara sebab kertas siasatan tidak dapat diserahkan kepada peguam negara kerana pihak berkuasa belum memperoleh keterangan daripada Rizieq.

“Kami masih menyelaraskan tindakan, tunggulah,” katanya.

Mengenai status Rizieq, Argo berkata, polis belum dapat memastikan bila tokoh terbabit akan pulang dari Arab Saudi.

Katanya keterangan Rizieq, 52, akan diambil apabila dia kembali ke Indonesia.

“Setiap negara mempunyai undang-undang berbeza-beza. Kami masih menunggu saja kepulangan Rizieq,” katanya.



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password