Abang Long Fadil lentok manja di bahu PM

‘Samseng’ popular Zizan Razak menerima Anugerah Ikon Media Sosial 2017 sempena Minggu Media Sosial Malaysia (MSMW2017) anjuran Dewan Sosial Media Malaysia.

Majlis yang berlangsung secara santai dan meriah itu juga menyaksikan bintang utama filem Abang Long Fadil itu sempat membuat aksi manja sewaktu menerima trofi disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib turut melayan aksi itu dengan tersenyum dan mengusik kembali Zizan di Twitter beliau.

“Abang Long Fadil jumpa #DaBoss manja-manja lentok kepala pula @zizanrajalawak #MSMW2017,” tulis Najib.

Anugerah itu menyaksikan Najib diiktiraf dengan Anugerah Kepimpinan Global sempena MSMW2017 yang berlangsung di Kuala Lumpur, semalam.

Penghargaan itu diberikan kepada beliau kerana usahanya menggerakkan industri digital Malaysia dengan pelbagai inisiatif serta melakukan pelbagai kerjasama peringkat global.

‘Sabar dan ikhlas’

Sementara itu, Zizan yang juga pelawak dan pengacara itu menerusi media sosial turut berkongsi kegembiraan dengan peminatnya selepas menerima anugerah berkenaan.

“Sabar dan ikhlas harus seiring.

“Tahniah buat kamu Zizan Razak untuk Anugerah Ikon Media Sosial,” katanya di Instagram.

Manakala menerusi Twitter, Zizan berseloroh pula ingin membeli almari untuk mempamerkan anugerah yang pernah diterima sepanjang berkecimpung dalam dunia seni.

“Siapa tahu kat mana nak tempah almari untuk anugerah?” katanya.



Sumber : MalaysiaKini – Seni & Hiburan

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password