“Abang jangan buat lagi tau!” – ‘Sakat’ bagi duit raya, pemuda tampil mohon maaf

"Abang jangan buat lagi tau!" – 'Sakat' bagi duit raya, pemuda tampil mohon maaf

Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular di internet apabila tindakan seorang lelaki yang ‘menyakat’ untuk memberi duit raya kepada sekumpulan kanak-kanak di tepi jalan menerima padah apabila dihentam teruk oleh netizen.

Dalam rakaman itu, lelaki tersebut memperlahankan kenderaannya serta menawarkan duit raya kepada mereka sebelum memecut dan ketawa terbahak-bahak.

Malah, bapa kepada salah seorang daripada kanak-kanak tersebut memohon bantuan netizen supaya mempertemukan dia dengan individu terbabit kerana sengaja memalukan anaknya, Nur Qistina Huda.

Walau bagaimanapun, si pelaku Akmal Azudin telah tampil menemui kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun itu dan keluarganya bagi memohon maaf dengan memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya.

“Saya minta maaf,” ujarnya ringkas.

Tambah Akmal, dia berasa sangat kesal dengan perbuatan yang dianggap sekadar ingin bergurau itu serta berharap tindakan tersebut dapat dijadikan iktibar buat orang lain.

Posting tersebut telah dihujani pelbagai komen netizen yang rata-rata memuji tindakan pemuda berusia 21 itu kerana berani tampil memohon maaf.

.

.

Permohonan maaf yang berlangsung di Sungai Petani, Kedah itu telah diterima oleh bapa Qistina, Shahrulnizam Jaafar yang mengakui lega dan berlapang dada untuk memaafkan pemuda berkenaan, lapor mStar Online.

Sumber :  Akmal Azudin , mStar Online

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password