“Abah kena kerjasama dengan Along…” – Dedikasi dan komited, KJ serah tugas kepada Syed Saddiq

"Abah kena kerjasama dengan Along…" – Dedikasi dan komited, KJ serah tugas kepada Syed Saddiq
Nampaknya bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) bersikap terbuka bagi menyerahkan tugasnya yang memimpin golongan belia di negara ini kepada pemimpin muda Pakatan Harapan (PH), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman..

Menerusi laman Twitternya, KJ berharap jejaka berusia 26 tahun itu dapat menjalankan tanggungjawab serta memimpin golongan belia dengan penuh dedikasi.

“Tahniah YB, tolong jagakan anak muda kita. Saya serahkan tanggungjawab kepada anda sekarang,” tulisnya menerusi posting beberapa jam lalu.

.

.

Ucapan Ketua Pemuda UMNO itu sebagai respon kepada tweet Syed Saddiq yang mengagumi usaha KJ dalam memimpin golongan belia remaja di negara ini menerusi portfolio hebat dalam agenda pembangunan fizikal dan sahsiah mereka.

Syed Saddiq juga berharap agar dapat bekerjasama dengan KJ yang juga Ahli Parlimen Rembau itu mengenai perancangan di masa akan datang.

.

Selain itu, posting Khairy turut mendapat pelbagai komen netizen yang rata-rata berterima kasih atas pengorbanan yang dilakukan selama ini sepanjang memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Alhamdulillah, syukur bila melihat sikap profesionalisme masing-masing dalam melaksanakan sesuatu tugas terutamanya demi pembangunan bagi golongan belia. Steady la guys!

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password