9 FOTO Aisya Hasnaa & Muhammad Yasir Azizan

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: 9 FOTO

 

Alhamdulillah… tahniah kami ucapkan buat pelakon dan penyanyi dan pengacara, Aisya Hasnaa, 27, yang kini telah bergelar isteri kepada teman lamanya, Muhammad Yasir Azizan, 29, yang dikenalinya sejak di bangku sekolah menengah.

Pertemuan semula pada awal tahun ini tanpa disangka menemukan jodoh mereka berdua. Menurut Aisya, suaminya itu bertugas sebagai pakar analisis dan strategi di sebuah bank.

Pasangan yang melangsungkan pertunangan pada 2 September lalu selepas lima bulan berkenalan itu selamat diijabkabulkan pada majlis ringkas yang berlangsung di Surau Al Barakah, Menara Bank Rakyat, sekitar jam 10 pagi semalam.

Dinikahkan Imam Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar, Ustaz Haji Mohd Azri Ahmad Kamil Al Hafiz, Aisya atau nama sebenarnya, Aisyah Hasnaa Umaruddin menerima mas kahwin RM300, selain wang hantaran RM15,000.

Bercerita detik perkenalan mereka, Aisya yang kali terakhir muncul di layar perak menerusi filem ‘Kau Takdirku’ berkata, mereka sudah saling mengenali sejak usianya 13 tahun kerana belajar di sekolah yang sama.

“Dulu kami tidak rapat kerana dia agak pendiam, sedangkan saya pula gila-gila. Agak lama kami membawa haluan masing-masing.

“Apabila melihat kami masih belum mempunyai pilihan hati, kakak dan kawannya cuba menemukan semula kami.

“Sejak kembali bertemu, kami cuba mengenali antara satu sama lain. Tidak disangka, di sebalik sikap pendiam, dia sebenarnya kelakar.

“Disebabkan kami mudah serasi dan akhirnya mengambil keputusan bertunang pada 2 September lalu,” katanya.

Difahamkan, pasangan sama cantik sama padan ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi di ibu kota hari ini.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password