(7 Gambar) Bukan Di China Saja, Lelaki Dakwa ‘Housekeeping’ Hotel 5 Bintang Di Malaysia Ini Pun Turut Lap Lantai Guna Tuala Untuk Tetamu..

(7 Gambar) Bukan Di China Saja, Lelaki Dakwa 'Housekeeping' Hotel 5 Bintang Di Malaysia Ini Pun Turut Lap Lantai Guna Tuala Untuk Tetamu..

 

Jika semalam media membuat pendedahan mengenai tiga buah hotel mewah di China dimana petugas-petugas kebersihan telah malakukan tugas mereka secara tidak beretika seperti membasuh cawan dengan menggunakan berus tandas serta menggunkan tuala yang disediakan untuk tetamu bagi mengelap lantai, mungkin ada dalam kalangan kita yang menarik nafas lega kerana ia berlaku di luar negara.

Tetapi, anda sebenarnya belum lagi boleh menarik nafas lega kerana kejadian seumpama itu mungkin sudah pun berlaku di negara kita. Seorang lelaki yang dikenali sebagi Mohamad Atif telah telah membuat pendedahan yang mendakwa bahawa petugas-petugas kebersihan di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Langkawi turut melakukan perkara yang sama seperti di China.


Nak tahu lebih lanjut mengenai pendedahannya? Kami bawakan untuk anda di bawah.

Sekarang tengah kecoh tentang kisah 3 buah hotel mewah bertaraf 5 bintang di China dimana housekeeping melipat cadar di atas karpet, mengeringkan cawan menggunakan tuala mandi yang sudah digunakan dan mencuci lantai menggunakan air dari dalam WC.

Jangan terkejut jika saya katakan di Malaysia pun ada banyak kes mcmni dan sebagai contoh ini terjadi di hotel termewah di ******** yang juga digelar sebagai resort bertaraf 5 bintang terulung di Malaysia dengan kadar penginapan yang ditawarkan bermula dari RM 1500 satu malam untuk bilik paling murah.


Resort ini bertaraf 5 bintang diamond, entah macam mana lah hotel-hotel yang takde bintang tu. Bukan semua hotel yang kotor tapi lebih baik beringat sebelum terkena.

Make sure bilas dulu cawan, mug dan water heater sebelum guna yer kawan-kawan dan jika nampak sebarang kekotoran pada tuala atau cadar atau masalah-masalah lain jangan takut untuk buat aduan pada management dengan kadar segera. Itu adalah hak anda.

Anda layak menerima pampasan, ganti rugi atau sebarang bentuk ganjaran dari pihak hotel sekiranya hotel tidak dapat memenuhi standard yang telah ditetapkan samada dari segi kebersihan, kemudahan begitu juga perkhidmatan.


“It was an implied term of the contract that the accommodation provided would be of a standard of cleanliness and quality reasonably to be expected from this type and price of hotel.It’s also an implied term that the service provided would be done so with reasonable care and skill as required by the [Supply of Goods and Services Act 1982/ Consumer Rights”

.

.

.

.

.

.

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password