7 FOTO: ADAKAN ‘BACHELORETTE PARTY’

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: 7 FOTO: ADAKAN 'BACHELORETTE PARTY'

 

Selepas mendapat kejutan ‘Bridal Shower’ dari rakan-rakannya sebelum ini, penyanyi antarbangsa Yuna telah mengadakan ‘Bachelorette Party’ pula sebelum bergelar isteri Adam Sinclair dalam masa dua minggu sahaja lagi.

Seperti kebanyakan bakal raja sehari lain, Yuna juga tidak ketinggalan mengadakan parti bujang bersama teman-teman rapatnya.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Yuna berkongsi rasa gembira dan teruja dapat meluangkan masa bersama teman-teman yang pernah menjadi teman sebiliknya di universiti.

Yuna bersama enam lagi sahabatnya yang telah mengenali antara satu sama lain sejak 13 tahun lalu, mengenakan pantsuits baldu berwarna peach.

Majlis tersebut yang diadakan di Saujana Golf & Country Club, Shah Alam itu nampak ringkas dan manis tetapi meriah.

Apapun, semoga urusan pasangan ini menuju hari bahagia mereka dipermudahkan.

.

.

.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password