6 selebriti yang pernah bergelar sebagai seorang boy band suatu ketika dahulu, jutawan kosmetik pun tersenarai!

6 selebriti yang pernah bergelar sebagai seorang boy band suatu ketika dahulu, jutawan kosmetik pun tersenarai!

 

Ramai tidak menyangka apabila individu yang membawa haluan masing-masing mempunyai sebuah band atau kumpulan pada satu ketika dahulu.

Jom kita lihat 6 barisan artis yang pernah menganggotai sebuah kumpulan.

Qi Razali merupakan pemain drum (drumer) kumpulan OAG.  OAG membawa maksud ‘Orang Asia Genius’ mula ditubuhkan oada tahun 1992.

Qi atau Chi merupakan nama mesra yang digunakan dalam kumpulan ini. Dianggotai oleh Radhi (vokal dan gitar), Izmer (keyboard), Ijam (gitar), Chi (drumer), Nazrin (2nd gitar) dan Ammal (gitar dan second vokal).

Qi yang berbakat dalam bidang lakonan, pengacaraan dan bermain alat muzik (drum) merupakan adik ipar kepada selebriti popular, Yasmin Hani.

Shahrin Razali merupakan suami kepada selebriti popular, Yasmin Hani adalah bekas anggota kumpulan Black Rose.

Beliau merupakan abang kepada Qi Razali, merupakan seorang pemain drum kumpulan tersebut.

Kumpulan Black Rose ditubuhkan pada tahun 1988 oleh empat sahabat iaitu Mario, Jepp, Bard dan Sha’arin yang merupakan lepasan sekolah tinggi.

Black Rose menghasilkan album pertama mereka pada penghujung tahun 1990 yang menggunakan nama kumpulan ini sebagai tajuk album.

Album kedua Black Rose pula berjudul Rock N Roll telah diterbitkan pada tahun 1994.

Nama kumpulan KOOL merupakan singkatan bagi ‘Kami Orang-Orang Lama’ yang aktif pada tahun 1990-an.

KOOL telah berjaya ke peringkat akhir pada Anugerah Juara Lagu 1995 dan memenangi kategori Pop Rock.

Zulkifli Mohamad atau dikenali sebagai Zack kini bergiat aktif dalam Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim).

Anak kelahiran Masai, Johor ini mula membabitkan diri dalam bidang muzik menerusi peranan sebagai ahli Kumpulan Exists untuk tiga album pertama mereka.

Kumpulan Exists ditubuhkan pada tahun 1991 dan dianggotai oleh Mamat (vokalis), Ezad (vokalis),Ajai (keyboard), Along (gitar) dan Shah Nizam( second gitaris).

Mohd Faizal Maas atau lebih dikenali sebagai Ajai kini bergelar seorang komposer tekenal setelah hasil ciptaan lagunya mendapat sambutan hangat

Mirwana ialah sebuah kumpulan vokal harmoni Malaysia yang sebelum ini lebih dikenali sebagai sebuah kumpulan nasyid.

Mirwana telah lama ditubuhkan iaitu sejak ahli-ahli Mirwana masih di tingkatan satu lagi.

Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir atau lebih dikenali sebagai Faizal Tahir, 40 tahun merupakan seorang penyanyi, komposer dan penerbit rakaman Malaysia yang mula dikenali setelah bergelar naib juara musim pertama program realiti One In A Million.

Isteri  kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid merupakan bekas penyanyi nasyid kumpulan Solehah.

Antara lagu yang didendangkan adalah Nikmat Allah, Hadis Rasulullah, Rukun Iman dan Rukun Islam, Penantian dan Renungkanlah.

Ramai tak menyangka bahawa peredaran masa berlalu dengan pantas sehingga ramai diantara mereka membawa haluan masing-masing.

Apa-apa pun tahniah dan syabas kepada mereka kerana telah menghiasi industri hiburan tempatan.

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password