6 respon cliché seorang mak bila korang nak keluar lepak dengan member

6 respon cliché seorang mak bila korang nak keluar lepak dengan member

 

Sebagai seorang ibu, mesti lah mereka akan selalu risau tentang kita. Kadang-kadang, kerisauan mereka agak menjengkelkan dan merimaskan, tak kisah lah umur kita masih 13 tahun atau 30 tahun sekalipun, mereka tetap anggap kita ni macam anak-anak kecil lagi.

Kalau korang keluar dengan kawan waktu malam, pasti mereka risaukan keselamatan korang. Ini 6 perangai cliché yang biasa korang berdepan dengan mak korang, setuju atau tidak?

Menjadi kebiasaan, seorang mak nak tahu dengan siapa korang keluar. Kalau member yang agak nakal tu, mesti lah mak risau. Cakap nak pergi lepak mamak, tapi rupanya pergi ke tempat yang tak senonoh.

Kadang-kadang kerisauan mak ni buat kita jadi moody. Yelah, baru je sampai di tempat lepak tapi dia dah tanya bila nak balik.

Amaran keras dari mak supaya korang sentiasa “alert” dengan panggilan dia. Andai kata korang terlepas panggilan tu untuk beberapa kali, bersiap-siagalah korang untuk menahan telinga dari kena bebel bila sampai di rumah.

 

Bila mak tau anak dia nak keluar drive naik kereta, mesti dia nak tau siapa yang pandu kereta. Kalau ada member yang suka bawak kereta macam Dominic Toretto, mesti lah dia risau.

Ni yang paling geram. Sebab asyik tanya dekat mana tapi kita tak nak dia risau, kita cuba balas text secepat mungkin. Tapi dia marah pulak kenapa main phone time driving.

Haa biasa la ni. Bila dah janji nak balik pukul 10 malam, kadang-kadang terkandas lah sikit sebab masalah trafik lagi, janji-janji Melayu member lagi.

Sebagai seorang ibu, kasih sayang dan risau tentang keadaan anaknya tak boleh lari. Biar kita dah besar sekalipun, tapi menjadi tanggungjawab mereka untuk pastikan kita berada dalam keadaan yang selamat. Kasih ibu membawa ke syurga kan?

.

Dengan mengutamakan keselamatan penumpang, Uber amat sesuai untuk dijadikan sebagai pengangkutan harian yang akan membantu pengguna untuk sampai ke destinasi  safe and sound hanya dengan menggunakan applikasi mudah Uber. 

#1.

Applikasi Uber ini mampu kesan lokasi user secara automatik, di mana korang boleh relaks dan chill sambil menunggu driver Uber sampai. Setibanya pemandu Uber di lokasi tempahan, korang boleh semak maklumat identiti pemandu menggunakan Applikasi Uber sebelum menaiki kenderaan tersebut.

#2.

Selain itu, sistem navigasi canggih yang digunakan oleh Uber juga membantu pemandu untuk mengambil laluan yang lebih selamat dan mudah.

#3.

Pada akhir perjalanan, korang akan terima resit yang memperincikan nama pemandu dan laluan yang diambil. Sekiranya korang tertinggal barang di dalam kenderaan pemandu, amat mudah untuk korang hubungi dan tuntut kembali barang tersebut.

Di samping itu, korang juga boleh berikan rating mengikut kepuasan korang kepada pemandu sepanjang perjalanan.

#4.

Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan ketika dalam perjalanan, gunakan Butang Kecemasan di dalam Applikasi Uber untuk hubungi pihak berkuasa dengan pantas.

Tahukah korang, applikasi Uber juga mempunyai ciri “Perkongsian Status”, dimana ia membantu penumpang dan pemandu untuk kongsikan status perjalanan mereka kepada orang yang tersayang.

Bagaimana ciri ini berfungsi?

Pergi ke tetapan di dalam applikasi Uber, dan pilih Kongsi Perjalanan Saya. Di dalam tetapan tersebut, terdapat beberapa pilihan individu untuk kita kongsikan status perjalanan. Pilih individu tersebut kemudian klik ikon “kongsi” di bahagian penjuru atas.

Individu yang dipilih untuk berkongsi status perjalanan mampu melihat lokasi semasa korang pada peta telefon pintar mereka. Bukan sahaja dapat melihat lokasi semasa, ciri-ciri ini juga mampu memberikan maklumat yang lebih terperinci seperti butiran nama penumpang dan pemandu, nombor telefon serta nombor plat kenderaan yang dinaiki.

Penggunaan perkhidmatan Uber ini mampu memberi ketenangan kepada pengguna dan pemandu. Jadi, lepas ni kalau korang nak keluar ke mana-mana, orang yang tersayang tidak perlu risau jika korang pilih Uber.

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password