6 PEMAIN BOLA SEPAK TERKENAL YANG JUGA HANDAL DALAM SUKAN LAIN – MEDIA OHSEM

6 PEMAIN BOLA SEPAK TERKENAL YANG JUGA HANDAL DALAM SUKAN LAIN – MEDIA OHSEM

Bagi peminat bola sepak, mempunyai pemain-pemain yang dikagumi merupakan satu penghormatan atas keupayaan atlit tersebut. Ada masanya seronok juga bila kita diberikan peluang untuk melihat sisi lain pemain-pemain yang kerap kita tonton di kaca televisyen ini.

Hari ini, kami kompilasikan kepada anda 6 pemain bola sepak yang pernah mempunyai kerjaya dalam bidang sukan selain bola sepak, mana tahu anda pun turut sama mendapat inspirasi hasil daripada kebolehan mereka.

1. Roy Keane dan Wayne Rooney

roy keane boxing

Roy Keane, legenda Manchester United merupakan seorang ahli tinju sejak berumur 10 tahun. Beliau telah pun menjalani 4 kali perlawanan dalam liga tinju peringkat novice di Ireland sebelum betul-betul memfokuskan dirinya menjadi pemain bola sepak. (rujukan)

wayne rooney boxing

Wayne Rooney juga adalah seorang atlit tinju yang hebat dan pernah menyertai latihan tinju. Namun apabila berumur 15 tahun pasukannya ketika itu Everton memberikan syarat untuk dia meninggalkan sukan tersebut dan fokus pada kerjaya bola sepak sahaja. Ketika itu Rooney dilihat sudah mampu untuk memasuki kesebelasan utama Everton.

2. Zlatan Ibrahimovic

zlatan menerima tali pinggang hitam

Zlatan! Zlatan! Zlatan! Bagaimana agaknya Zlatan jika dia memilih untuk meneruskan karier awalnya sebagai seorang atlit takewondo? Mempunyai tali pinggang hitam seni mempertahankan diri ketika berusia 17 tahun, Zlatan memilih untuk menjadi pemain bola sepak professional. Walaupun begitu, kelukaannya terubat apabila beliau dianugerahkan tali pinggang hitam kehormat daripada pasukan taekwondo kebangsaan Itali pada 2010, atas jasanya mempromosikan sukan tersebut di Itali. (rujukan)

3. Gareth Bale

gareth bale ragbi dengan kapten wales

Gareth Bale bukannya sekadar seorang atlit hebat, dia adalah seorang atlit serba boleh yang hebat. Semenjak zaman sekolah, Bale sudahpun menjadi wakil dalam acara ragbi, hoki dan acara atletik. Mempunyai kepantasan mengkagumkan 11.4 saat dalam acara 100 meter ketika berumur 14 tahun, Bale juga menyertai acara 800 meter, 1500 meter dan larian jarak jauh. Pengalamannya dalam acara larian membuatkan dia menjadi salah seorang pemain bola sepak terpantas dunia. (rujukan)

4. Gabriel Batistuta

gabriel batistuta main polo

Penyerang legenda Argentina dan Fiorentina, Gabriel Batistuta merupakan pemain yang banyak dijadikan contoh kepada penyerang-penyerang bola sepak generasi baru. Kariernya tidak panjang selepas mengalami kecederaan kronik pada bahagian buku lali. Selepas itu beliau sempat menjadi pemain polo kuda professional pada tahun 2009 dan memenangi kejohanan berprestij Copa Stella Artois di Argentina.(rujukan)

5. Paolo Maldini

paolo maldini main tennis

Pasti ramai masih ingat legenda Itali dan AC Milan ini. Maldini merupakan pemain pertahanan terbaik dunia satu masa dulu. Yang jelas dia tidak dapat meninggalkan sukan dari hidupnya. Maldini memang dari dulu mempunyai kemahiran tinggi dalam sukan tenis.

Pada bulan Jun 2017, Maldini beserta rakannya Stefano Landonio membuat penampilan sulung dalam salah satu acara siri ATP Challenger melalui tiket wild card selepas memenangi satu kejohanan di Itali.

Tewas dalam 42 minit pada penampilan pertama, laluan pasangan Maldini dan Landonio mungkin sukar setakat ini, namun Maldini dikatakan berminat meneruskan karier baru beliau sebagai pemain tenis professional pada usia 49 tahun. (rujukan)

 



Sumber :MediaOhSem

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password