42 jam protes harga minyak berakhir, perjuangan diteruskan

Pemuda Pakatan Harapan menamatkan bantahan 42 jam mereka ke atas kenaikan harga minyak sejurus selepas kerajaan mengumumkan untuk menurunkan harga minyak.

Bagaimanapun, pemimpin bantahan itu Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, mereka akan terus berjuang untuk harga minyak lebih rendah dan menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Selagi Najib masih menyusahkan rakyat, kempen dan perjuangan ini tetap akan hidup dan menyala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shazni dan beberapa yang lain berkampung di luar bangunan Parlimen sejak pukul 1 pagi Selasa lalu sebelum menamatkannya 6 petang tadi.

Sebelum ini, kumpulan itu mengumumkan bantahan kenaikan harga minyak Khamis lalu yang menyaksikan harga minyak mencatat rekod paling tinggi sejak sistem pengurusan mingguan diperkenalkan pada Mac tahun ini.

Ron95 naik 7 sen kepada RM2.38 seliter sementara RON97 naik enam sen kepada RM2.66 seliter. Diesel pula naik 5 sen kepada RM2.25 liter.

Ia merupakan minggu kelima berturut-turut harga minyak dinaikkan.

Bagaimanapun, harga minyak akan diturunkan menjelang tengah malam ini dengan harga mingguan semasa untuk RON95 dan RON97 masing-masing pada harga RM2.30 dan RM2.58 seliter.

Harga mingguan semasa diesel pula turun dua sen kepada RM2.23 seliter, yang juga merupakan penurunan pertama dalam enam minggu.

[Berita penuh]



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password