(22 Gambar) ‘Lembaran Baharu Buat Si Kecil Berkaki ‘Tin’’. Kanak-Kanak Syria Yang Dilahirkan Tanpa Kaki Kini Mampu Tersenyum Riang Selepas Mendapat Sumbangan Kaki Palsu Di Turki..

(22 Gambar) ‘Lembaran Baharu Buat Si Kecil Berkaki 'Tin'’. Kanak-Kanak Syria Yang Dilahirkan Tanpa Kaki Kini Mampu Tersenyum Riang Selepas Mendapat Sumbangan Kaki Palsu Di Turki..

Oleh kerana kekurangan itu, hujung sendi kaki kudungnya terpaksa disarung dengan tin untuk membantunya bergerak di sekeliling kem pelarian.

Aksinya itu telah dirakam, dan beberapa hari kemudian, video yang memaparkan kepayahan Maya berjalan telah tular di media sosial.

Image result for Maya Merhi

.

Related image

.

Image result for Maya Merhi

.

Related image

Ternyata, perkembangan di media sosial telah membawa tuah kepada si cilik itu, apabila video tersebut membuka mata pihak yang ingin menghulurkan bantuan.

Image result for Maya Merhi

.

Related image

.

Related image

.

Related image

Maya dan bapanya telah diterbangkan ke Istanbul, Turki untuk bertemu pakar prostetik yang menghasilkan kaki palsu untuk mereka yang senasib dengannya.

Bagaikan satu lembaran baharu dalam hidupnya, Maya kini menjalani pemeriksaan khusus untuk memasangkan kaki palsu berkenaan ke sendinya.

Mohammed Merhi setia menemani anaknya, Maya Merhi, untuk menjalani pemeriksaan fizikal di Istanbul. – Foto Reuters

Ayahnya, Mohammed Merhi yang juga dilahirkan dalam keadaan sama, telah melarikan diri dari bandar Aleppo bersama isteri dan enam orang anak mereka, selepas tentera kerajaan memperhebatkan serangan ke atas kumpulan pemberontak.

Mereka kini meneruskan kehidupan dengan berlindung di kem pelarian di Idlib, iaitu kawasan yang menjadi kubu kumpulan penentang rejim Bashar Al-Assad.

“Kami telah menghadapi pelbagai bentuk cabaran terutamanya berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan tinggal di dalam khemah.

Image result for Maya Merhi

 .

Image result for Maya Merhi

“Ia bukan sesuatu perkara yang mudah. Maya tidak boleh berjalan, kami terpaksa menggunakan tin untuk melapik kakinya daripada terkena tanah,” katanya seperti yang dipetik menerusi portal antarabangsa.

Doktor kini mengharapkan Maya dapat berjalan sepenuhnya menggunakan kaki palsu itu dalam masa tiga bulan.
VIDEO:

 

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password