2 BULAN SAKIT – Nassier Wahab

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: 2 BULAN SAKIT

Selepas dua bulan menanggung derita, penyanyi popular era 80-an, Datuk Nassier Wahab, 55, telah selamat menjalani pembedahan membuang kelenjar dan ketumbuhan pada leher di pusat perubatan swasta di Shah Alam, Selangor, awal pagi kelmarin.

Pembantu peribadinya, Alif Salim, berkata kelenjar sebesar bola ping pong pada leher kiri penyanyi itu berpunca daripada gangguan saraf selepas mencabut gigi sekitar awal tahun ini.

“Pembedahan kecil ini memang perlu dilakukan segera kerana ia semakin membesar. Walaupun tak sakit, beliau rasa kurang selesa dan risau jika penyakit lain pula datang andai ia ditangguhkan.

“Malah, sehari sebelum masuk ke hospital untuk membuat persediaan pembedahan, bengkak kelenjar itu katanya mula berdenyut-denyut. Alhamdulillah, semuanya sudah selesai.

“Berikutan ia hanya pembedahan kecil, doktor memintanya berehat beberapa hari saja sebelum bekerja semula. Kami ucapkan terima kasih di atas doa yang diberikan orang ramai,” katanya.

Kata Alif lagi, Nassier dibenarkan pulang ke rumah, semelam, dan bakal mengadakan persembahan pertama selepas keluar wad pada 20 April ini di Ipoh, Perak.

“Datuk seorang yang kuat semangat dan komited pada janji. Ikutkan, beliau pastikan tiada tugasan yang dibatal atau ditunda sebelum beliau menjalani pembedahan ini.

“Apa pun, sebelum meneruskan persembahan di Perak, beliau sudah mendapatkan kebenaran doktor dulu,” jelasnya mengenai penyanyi yang bakal tampil dengan album baharu berjudul Dunia Cinta itu.

Terdahulu, penyanyi berpengalaman itu meluahkan rasa kesyukuran apabila segala urusan sepanjang berada di hospital dipermudahkan.

“Syukur, alhamdulillah pembedahan berjalan lancar di bawah pengawasan doktor pakar. Tinggal untuk berehat saja dan kembali aktif untuk meneruskan kehidupan.

“Saya menahan sakit lebih kurang dua bulan selepas menjalani pembedahan gigi. Mungkin kuman atau implikasi daripada pembedahan yang terbentuk menjadi kelenjar dan ketumbuhan.

“Dalam tiga hari lagi saya dibenarkan keluar hospital. Terima kasih juga di atas doa anda sekalian,” tuturnya menerusi perkongsian gambar berbaju pesakit di katil hospital yang disertakan kapsyen di laman Instagram peribadinya, pagi semalam.

Nassier yang popular dengan lagu ‘Memori Cinta Luka’ itu dinasihatkan oleh doktor untuk berehat selama seminggu dan hanya akan kembali meneruskan aktiviti seni seperti biasa selepas mendapat kebenaran doktor.

.

.

.

.

.

.

.

 

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password