“2-3 Tahun Dibela Oleh ‘Abang Angkat’. Diangkut Ke Sana Ke Mari. Malah Pernah Juga Diangkut Oleh Guru Sekolah Sendiri.” Doktor Kongsi Pengalaman Berhadapan Dengan Remaja Yang Telah Didiagnosis HIV..

“2-3 Tahun Dibela Oleh 'Abang Angkat'. Diangkut Ke Sana Ke Mari. Malah Pernah Juga Diangkut Oleh Guru Sekolah Sendiri.” Doktor Kongsi Pengalaman Berhadapan Dengan Remaja Yang Telah Didiagnosis HIV..

MasyaAllah.

Mendidih darah,

Merenyam mata dan hati,

Padanlah penyakit bawaan seksual di kalangan lelaki muda makin meningkat. Saban hari, my MO di OPD akan highlight about cases yang student lelaki muda-muda dah datang dengan komplen keluar nanah atau gatal kemaluan. Semuanya belasan tahun. Masih hingusan. Tanpa pengetahuan ibubapa masing-masing.

Siflis,

Gonorrhea,

Hepatitis B atau C

Malah ada yang dapat HIV!

Teringat seorang pelajar yang saya jumpa bulan lepas (bukan dalam gambar) Memang muda sangat-sangat. Baik rupanya, bagaikan pijak semut tak mati.

Bila pandang dia, teringat kat adik-adik saya yang ramai jejaka. Nak menangis pun ada. Kesian!

Tapi dia nampak redha. Macam dah bersedia dengan diagnosis HIV yang diterima.

Bila ditanya, rupa-rupanya dia dah 2-3 tahun dibela oleh ‘abang angkat’. Diangkut ke sana ke mari. Malah pernah juga diangkut oleh guru sekolah sendiri.

Bukan dia seorang!

Ada beberapa orang yang macam dia.

Dah ada group WA atau secret group di fb.

“Menyesal tak?” Saya pernah tanya dia. Dia tunduk, “entah lah Dr, kena terima lah. Sekarang saya nak makan ubat je”

“Awak dah bagitahu abang angkat awak? Dia kena check jugak tu”

Dia geleng kepala, “saya dah tak tahu mana dia sekarang. Kitaorg dah break tahun lepas”

Aduhhhh, mana la kami nak cari abang angkat dia ni. Ini penting untuk mengetahui status abang angkat ni, andaikata dia juga positive HIV, dia boleh menyebarkan pada ramai budak-budak lain. Entah berapa ramai lagi mangsa nafsu serakah manusia macam ni!

Kalau dulu-dulu, orang kata susah jaga anak perempuan, takut dirosakkan.

Sekarang anak-anak lelaki pun boleh terpalit sama!

Ya Allah, mana lah tak bergetar hati kita ibu bapa semua. Anak-anak muda yang masih mentah dijadikan mangsa oleh syaitan bernafsu songsang!

Rasa-rasanya apa hukuman yang layak bagi pemangsa macam ni?

Dr Sakinah Sulong,
Pakar Perubatan Keluarga
JB

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password