13 Beradik Didera, Dirantai Serta Dikurung Dalam Bilik Gelap Dan Busuk Hingga Kurus Kering Tanpa Makanan Oleh Ibu Bapa Sendiri..

13 Beradik Didera, Dirantai Serta Dikurung Dalam Bilik Gelap Dan Busuk Hingga Kurus Kering Tanpa Makanan Oleh Ibu Bapa Sendiri..

 

 

LOS ANGELES: Sepasang suami isteri di selatan California ditahan selepas didapati melakukan penderaan terhadap 13 orang anak mereka dengan merantai, mengurung dan dibiarkan tanpa makan minum yang cukup, lapor agensi berita Xinhua.

Image result for David Allen Turpin, 56

Menurut kenyataan Jabatan Syerif Daerah Riverside, pasangan David Allen Turpin, 56, dan isterinya, Louise Ann Turpin, 49, menetap di Perris, sebuah bandar terletak 100 kilometer di timur Los Angeles, ditahan pada Ahad.

Penahanan itu susulan seorang daripada mangsa, remaja perempuan berusia 17 tahun berjaya melarikan diri dan kemudian menghubungi 911.

Image result for David Allen Turpin, 56
Remaja itu memaklumkan 12 lagi adik-beradiknya dikurung di dalam rumah mereka dan ada sebahagiannya dirantai serta dikunci dengan mangga.

Image result for David Allen Turpin, 56

“Siasatan lanjut polis mendapati beberapa kanak-kanak diikat pada katil dalam keadaan persekitaran yang gelap dan busuk.

“Polis percaya terdapat 12 mangsa di dalam rumah dan paling mengejutkan terdapat mangsa dewasa berumur antara 18 hingga 29 tahun,” jelas kenyataan itu.

Mangsa ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak terurus.

Image result for David Allen Turpin, 56

 

Kesemua mangsa kemudian dihantar ke hospital.

David dan Louise Turpin didakwa melakukan penderaan dan penyiksaan terhadap kanak-kanak dengan ikat jamin ditetapkan sebanyak AS$9 juta dolar setiap seorang.

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password