12 FOTO: ‘KEMBALI MUNCUL’ – Shahir Zawawi

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: 12 FOTO: 'KEMBALI MUNCUL'
Semua mengetahui mengenai penyanyi Shahir Zawawi, 30, yang ‘menghilang’ lagi daripada rada dunia hiburan tanah air setelah terpalit beberapa kontroversi hangat selepas pentas akhir AF Megastar berlalu pada Oktober tahun lalu.

Laman sosial rasminya juga yang diletakkan dalam mode ‘private’ hampir enam bulan tidak aktif yang mana ia terus menimbulkan tanda tanya kemanakah dia ‘menghilang’?

Malah artis yang dikaitkan dengannya iaitu primadona Erra Fazira, 44, juga enggan memberi sebarang komen mengenai sejauh manakah hubungan mereka itu.

Namun teka-teki kemana ‘menghilangnya’ Shahir terjawab apabila dia muncul pada majlis ulangtahun kelahiran ke-9 Engku Aleesya iaitu puteri Erra yang lahir pada 30 Mac 2009.

Majlis berkenaan diadakan beberapa hari lalu di sebuah restoran Jepun iaitu Shinnihon di Desa Sri Hartamas, Damansara.

Dalam perkongsian gambar di Instagram milik sahabat Erra yang juga bekas wartawan hiburan iaitu Intan Zabidin, kelihatan beberapa keping gambar menampakkan kelibat Shahir yang duduk bersebelahan Erra bersama teman-teman lain.

Kemunculan gambar itu sedikit sebanyak melenyapkan teka-teki kehilangan pemuda itu selama ini selain membuktikan pasangan berkenaan masih lagi berhubung.

Biarpun majlis berkenaan dibuat pada saat-saat akhir namun Erra berpuas hati dengan konsep dan dekorasi yang diilhamkan oleh Riesya Mail.

Semoga hubungan Erra dan Shahir terus bersemi namun lebih indah jika ia dinokhtahkan dengan ikatan perkahwinan jika benar mereka bercinta.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password