110 pelajar dan guru keracunan makanan di Muar

SERAMAI 110 pelajar termasuk guru dari Kolej Vokasional Muar dilaporkan mengalami keracunan makanan selepas mengambil makanan laut yang disediakan oleh dapur hostel kolej tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Persekitaran Informasi dan Pendidikan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, majlis yang diadakan pada hari ahad itu adalah untuk meraikan tamatnya tempoh persekolahan mereka.

Katanya makanan laut berkenaan termasuk kerang, udang dan ketam dihidangkan secara “shell out” dimana ia diletakkan di atas meja dan dimakan tanpa menggunakan pinggan.

“Klinik Kesihatan Maharani mula menerima maklumat tentang keracunan makanan bermula pada jam 3.30 petang hari Ahad apabila seramai 30 pelajar mengadu berasa loya, kejang perut dan cirit birit.

Kita telah mengarahkan dapur hostel berkenaan untuk ditutup selama tiga hari sehingga 21 November bagi menjalankan siasatan,” katanya.

Menurut Ayub lagi, majlis itu telah dihadiri oleh seramai 380 pelajar dan guru-guru, pemeriksaan sedang dijalankan bagi menentukan sama ada individu lain turut terjejas dengan wabak berkenaan.



Sumber : MiloSuam

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password