11 wakil PAS berkecuali, MT Umno ucap terima kasih

PARLIMEN | Bajet 2018 diluluskan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini dengan undian 107 daripada 222 anggota parlimen menyokong.

Sebanyak 59 anggota parlimen menentang Rang Undang-Undang Perbekalan 2018, sementara 11 berkecuali.

Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) memohon agar pengundian belah bahagi (bloc voting) dilakukan untuk bacaan kedua petang tadi.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan bacaan kedua dan ia akan dirujuk kepada peringkat jawatankuasa.

 

 

Ketika dihubungi, Mahfuz berkata 11 yang berkecuali merupakan wakil PAS.

“Sebanyak 12 wakil PAS berada dalam Dewan Rakyat (semasa bacaan kali kedua diadakan). Saya menentang rang undang-undang itu, manakala 11 yang lain berkecuali,” katanya.

Menurut Mahfuz, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) tidak hadir.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berterima kasih kepada PAS.

“Bajet 2018 diluluskandi peringkat dasar di Parlimen dengan 107 menyokong dan 59 menentang. Sementara 11 anggota parlimen PAS berkecuali. Terima kasih PAS,” katanya melalui akaun laman sosial Twitter.

Bajet 2018 sebanyak RM280.25 bilion, yang dibentangkan pada 27 Oktober lalu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sudah melalui enam hari perbahasan.

[Berita penuh]





Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password