10 BUDAYA PERKAHWINAN YANG TIDAK PERNAH ANDA LIHAT! MEMANG MENARIK – MEDIA OHSEM

10 BUDAYA PERKAHWINAN YANG TIDAK PERNAH ANDA LIHAT! MEMANG MENARIK – MEDIA OHSEM

 

Hari perkahwinan merupakan detik terindah dalam kehidupan seseorang. Ianya merupakan pengalaman sekali seumur hidup dan pada hari ini juga, pengantin akan dilayan seperti raja dan permaisuri.

Majlis perkahwinan juga dijalankan mengikut budaya tertentu. Justeru, anda akan melihat pelbagai jenis perkahwinan dengan berbeza dari segi busananya, gaya tatarias wajah, makanan dan sebagainya.

Di sini akan dipaparkan beberapa budaya perkahwinan yang tidak pernah anda lihat. Malah, anda juga akan terpaku dengan keunikannya!

#1 Kyrgyz

Budaya perkahwinan di Kyrgyzstan kebiasaannya akan mengenakan busana putih dan topi yang unik seperti ini.

#2 Norwegia

Sewaktu pernikahan, kedua-dua pengantin akan menggayakan pakaian tradisional serta pengantin wanita akan memakai mahkota emas dan perak.

#3 Iran

Di Iran, pasangan pengantin akan memakai pakaian sedondon seperti ini sambil menyembunyikan wajah masing-masing.

#4 Bolivia

Pasangan yang ingin bernikah adalah dilarang untuk mengadakan majlis di rumah tetapi harus menyambutnya di kawasan hutan. Mereka akan mengadakan majlis di dalam pondok yang kecil dan sederhana.

#5 Bulgaria

Dalam budaya masyarakat Bulgaria, seluruh wajah pengantin perempuan akan dihiasi dengan butiran manik berwarna-warni supaya wajahnya tidak dapat dilihat.

#6 Brunei

Dalam budaya masyarakat Brunei pula, pengantin lelaki akan membayar sejumlah wang sebagai hantaran. Namun kos untuk keseluruhan majlis akan ditanggung sepenuhnya oleh pengantin perempuan.

#7 China

Pernikahan tradisional memerlukan pengantin memakai pakaian tradisional seperti di zaman dinasti dahulu. Kebiasaannya, pengantin akan menggayakan tema berwarna merah yang melambangkan nasib baik dan kegembiraan.

#8 Mongolia

Pengantin akan mengelilingi rumah baru mereka sebanyak tiga kali untuk mendapat tuah dan nasib yang baik dalam perkahwinan. Setelah itu, mereka harus melangkah longgokan kayu yang terbakar sebagai lambang restu oleh Tuhan Api dan berharap agar perkahwinan tersebut kekal cerah seperti api yang membara.

#9 Turki

Pengantin perempuan dan lelaki akan memijak ibu jari kaki masing-masing semasa menandatangani sijil perkahwinan sebagai simbol ‘keputusan muktamad’ dalam perkahwinan berkenaan.

#10 Zimbabwe

Salah satu tradisi dalam budaya perkahwinan masyarakat Ghana adalah cincin pernikahan hanya akan dipakai oleh pengantin perempuan sahaja dan bukan pengantin lelaki.

Sumber : baniviral

Sumber :MediaOhSem

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password